Saturday, December 27, 2008

Barbeque

Ahhh, boring duduk sensorang. Semalam aku ajak huda datang umah. Lepas dia habis keje kat klinik pkul 5, terus datang sini. Dia kata; “nasib baik tak jem sgt highway kajang, kalau tak time cam ni lah sesak giler org balik keje. Aku speed bagai nak rak sebab nak elak jem, hujan ngan hari nak malam.”

Seronok, beborak giler mcm2. Yelah, hampir 2 bln kot. Huda syok giler kat pokok kaktus aku, hahaha padan muke... aku tahu dia mmg suka pokok kaktus. Sengaja aku nak tayang kat dia.

Sejak Mohit tak de kat sini, aku makin rajin dok tanam pokok2 bunga dan kaktus. Berseri sket nampak rumah ni. Boring, sesekali aku turun tanah gak. Huda pesan beli 2 pokok bunga mawar dan 3 jenis pokok kaktus lagi kalau aku gi Cameron. Gile menanam dia ni. Bile mase ntah nak dok bercucuk tanam kalau Isnin-Sabtu keje je memanjang. Dah tu Ahad spend masa just utk tido. Tak paham aku.


Then malam tu, kitorang buat bakar-bakar sket. Barbeque. Panggang daging, udang, sotong, ayam, ikan dan hotdog. Huda ambik turn buat air asam for cicah2, sup cendawan dan cocktail. Yummy... memang best! Huda kata; “Ko memang nak buat aku gemok arr.” Relek huda... Malam tu habis masa kat luar rumah je, berborak, makan2....

Puas main api, main kipas-kipas, main asap sampai pedih-pedih mata... kitorang masuk dalam dok makan sambil tengok movie seram. Citer hantu. Malam tu, kitorang menjerit-jerit macam orang giler sebab tengok citer hantu indonesia (Beranak Dalam Kubur). Suspen giler citer tu, takut.... Channel 953 astro boxoffice huda suke sangat... and 412 cinemax citer pembunuhan penyiasatan. Borak, menjerit, makan, gelak2.... let’s partee till late bebeh! Hohoho.... Aku tak ingat pkul brape kitorang tido malam tadi.


Then pagi tu after breakfast menghabiskan makanan malam tadi, aku ngan huda gi shopping kat Nilai 3. Aku just beli tudung ngan handbeg. 2 bende tu je dah RM70. 60. Giler mahal! Huda plak beli baju kurung 3 pasang buat nak pegi kelas bile dia dah smbung blaja nnti. Then dia survey kasut ngan baju songket utk konvo dia tahun depan. T/hari tu kitorang makan kat luar je. Tak larat beb, round satu nilai3 tu je dah buat aku sakit kaki... Then sampai rumah pkul 5.


Huda drive balik malam tu jugak sebab katanya esok dia ada jemputan kenduri. Leceh budak ni. Anyway, thanks huda for accompany me this weekend. It was so fun.
nuhhas, Saturday, 23.10pm

Wednesday, December 24, 2008

The Soto

Boring. Hari ni aku nak masak soto. Nasi impit segera raya hari tu ada lebih lagi. I just want to clear my kitchen. Tenggek air, nasi impit tu 1 jam setengah baru masak, pastu lagi 3 jam nak tggu dia betul2 sejuk.. Thats what my mom says. Beli ayam, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang and buah pelaga. Bile bau dah wangi, masukkan sikit air, biarkan mesra sekejap, then masukkan ayam. Masukkan ayam sikit je utk sup, lebihnya digoreng.

Ayam plak potong 8, goreng dan siat kecil-kecil. Oh ya, rebus daging lembu sikit utk buat bergedil. After rebus daging dan dipotong kecil2, masukkan sekali dengan kentang rebus yang dh siap dilenyek, garam, sedikit ajinomoto, potongan daun sup dan potongan kecil bawang merah, dan sedikit tepung gandum utk diuli bersama. Bentuk2 kan ia, celup dengan telur ayam yg dh siap dikacau dan goreng. Siap.

Nak sedap sikit, goreng popedum, sedikit bihun, kacang tanah dan sambal kicap pedas. Wauu, mesti mengancam!

*****

Aku start masak tadi 8.30 pagi dan siap masak semuanya 12.40 t/hari tadi.

Mohit... aku makan dulu eaa.... (+o+)” (b.d)”


Tuesday, December 23, 2008

I need my wings

Arghhh, hari ni mesti bosan punya
Duduk kat rumah je
Tukar-tukar chanel tv, sume rancangan x best, boring
Nampak kain sebakul x lipat lagi, ah karang la buat
Nak sidai kain, kain sikit sangat plak nak basuh
Esok la baru basuh
Nak makan... kenyang lagi
Tido? Mohit kata tak elok tido banyak, itu ciri orang yang malas
Lagipun kalau tido banyak, nanti aku sakit kepala

Wardah ajak kluar jln-jln gi shah alam temankan dia
Malas la nak kluar
nak rehat kat umah je
X nak buat ape-ape

Nak tengok dvd movie
Sume dah habis tengok

Nak beli novel la
Nak baca AAC

Tunggu Mohit balik...akhir bulan ni
Lambatnyeee.........


Nuhhas, Tuesday, 10.51am, Pearl 2nd floor, Opal Village

Miss those memories.

Aku rindukan masa kita berbual-bual, masa kau bercerita dan aku menjadi pendengarnya yang setia, saat-saat kau membuat lawak, dan aku tak tahan ketawa lalu tergelak juga..... Kau memang pandai membuat orang terhibur.

Saat kau serius bercerita tentang minatmu, tentang masalah masyarakat, waima masalah negara sekalipun, aku seperti anak kecil yang hanya patuh mendengar, mengangguk-angguk, sesekali mengiyakan. Ada juga tika aku tidak bersetuju, kau hujahkan dengan yakin sekali dan kadang-kadang memaksa aku untuk mengkaji semula perkara tersebut. Itu yang membuatkan aku bangga dengan dirimu.

Saat sunyi hari-hariku, kau datang menyapa, melakarkan pelangi indah di kanvas hatiku. Tell me, bagaimana boleh aku membenci dirimu dan melupakanmu, jika kau berkelakuan begini.....


Mohit....


Nuhhas, Tuesday, 10.23am
Pearl 2nd floor, Opal Village

Monday, December 22, 2008

Jangan pergi boleh...?

Semakin hari semakin aku memikirkannya, aku semakin hilang keyakinan terhadapmu. Kepercayaan aku terhadap jodoh kita semakin menjauh.


Semalam aku mengenali adikmu. Melihat tindak bicaranya dan tingkah lakunya, mentafsir dan membuat sedikit penilaian. Aku pikir macam langit dan bumi.... Ah, tidak lupa juga, perkembanganmu aku ikut dari semasa ke semasa. Membaca tulisan-tulisanmu, meneliti corak pemikiranmu, perasaanmu, keadaanmu dan memahami dirimu.

Aku lihat jadual studymu akan datang sangat padat. Tahun depan kau akan sangat busy. Hingga akhir tahun, baru kau dapat berehat dan bercuti. Masa untuk kita berdua bila?



Aku takut kau semakin menjauh...


Dan....

Aku juga takut jika kita dapat bersama.....


nuhhas, 15.03pm

Sunday, December 21, 2008

Lady Bird IV

“Rumah ini ada orang sakit.”

“Siapa?”

“Ibu dia. Dia sakit sejak kelmarin. Demam, badan seram-seram sejuk, juga sakit kepala. Terasa sunyi pula suasana rumah itu.“

“Aku tak faham. Siapa yang kau maksudkan ini?“

“Itu. Budak perempuan yang selalu duduk di tepi jendela tu.”

“Oh dia itu. Budak tu rajin. Aku perhatikan dia selalu duduk di tepi tingkap biliknya sambil membaca buku. Buku apa-apa sajalah. Kadang-kadang aku lihat dia duduk lama berjam-jam mengadap laptopnya. Menaip mungkin, atau membaca sesuatu darinya. Tapi tak pernah pula aku lihat dia membaca majalah-majalah hiburan atau komik manga.”

“Betul tu. Bagi dia, bahan bacaan serupa itu semuanya picisan dan membuang masa. Tiada manfaat atau sebarang ilmu yang boleh diambil.”

“Ah, mengadap buku yang tiap helai mukasuratnya penuh dengan tulisan padat-padat langsung tiada gambaran imej memang sungguh membosankan. Lagi pula membaca pada sesuatu yang tiada kait-mengait dengan diri kita lagi menjemukan.”

“Betul tu. Tapi tidak bagi dia. Baginya, membaca semua itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ilmu yang dia dapat manfaatkan. Sains, politik, agama dan sastera semua dia baca. Bukan macam sesetengah orang yang hanya mengambil tahu hal diri sendiri sahaja. Dia bukan individualistik. Semua manusia di muka bumi ini khalifah, bersaudara, yang bagai satu tubuh yang mesti saling berkaitan. Kau sudah lupa satu hadith nabi tentang manusia itu diciptakan bagai satu tubuh yang mana jika salah satu dari anggotanya sakit, maka anggota tubuh lain turut merasa sakit.”

“Masakan aku tidak tahu hadith itu, hasan lagi sohih. Lagi riwayat muttafaqun ‘alaih. Cuma kadang-kadang tak teringatkan. Membaca itu hobinya mungkin. Tapi dia tidak menjaga ibunyakah?”

“Sebagai seorang anak, itu sudah tentu tanggungjawabnya. Tapi kehidupan ini mesti diteruskan. Takkan kau hendak melihat dia menangis sedih setiap waktu mengenangkan keadaan ibunya. Qada’ dan qadar, itu ketentuan Allah. Kita hanya mampu berdoa baik-baik dan tawakal, Allah bantu selebihnya.”


Tatkala itu, guruh kedengaran dan awan mendung hitam mulai berarak. Budak perempuan itu bingkas bangun untuk mengangkat jemuran.


Titik.


Nuhhas, Wednesday, 17 Dis 2008, 12.58pm, Cheras, KL

Friday, December 19, 2008

Hang out!

Kelmarin aku kluar gi econsave. Agak lama dah tak kluar bershopping. Seingat-ingat mau 2 bulan dah kot. Rayau-rayau, belek-belek. Beli barang-barang rumah. Hilang sikit stress, menghirup segar udara di laman luar. Kalau Mohit ada sekarang mesti dia sama-sama tolong pilih barang. Pheww.... Tersekat lama kat rak barang-barang membuat kek dan biskut membuatkan aku balik dari pasaraya terus tangan ini terasa gatal nak buat kek. Aku tau Mohit suka makan kek dan cookies. So, aku terus capai sekotak tepung kek coklat segera. Mudah, tak sampai 2 jam, kek siap dibakar. Seronok! Sedaaap. Kek itu aku namakan “Kek Coklat Cinta Mohit.” Kenapa aku bagi nama macam tu? Adalah..... kuikuikui


P/s: kepada huda, jangan jeles skill membuat kek aku makin mantap. U shud try to taste my lovely cake!!


nuhhas, Friday, 10.51am~

Tuesday, December 9, 2008

Full House

Betullah tidak memahami cinta
Tak sangka ia datang tiba-tiba
Di hadapan kedua-dua orang
Fikiranku akan mengingkari maksudku
Kalaulah kutahu
Ku takkan memulakannya
Seperti seorang bodoh
Tiada guna menyesal sekarang
Aku betul mendoa bukanlah engkau
Aku menipu diriku sendiri
Haraplah ianya jodoh sementara
Ku takut kau akan rasa tercedera
Aku tahu akan begini
Tapi tetap ingin memilikimu
Sengsaranya rasa ini

I think I love you
Mungkinkah begini
Cause I miss you
Kalau ketiadaanmu
Aku tak boleh buat apa-apa pun
Nampaknya kali ini benar
I’m falling for you
Walaupun aku tak tahu
Now I need you
Tanpa perasan, dalam hatiku
Sudah dipenuhi bayanganmu


Ni antara script dalam cerita Full House yang aku paling suka... Sehari suntuk aku habiskan menonton 16 episode semuanya. Can’t wait to know wut happen next... Goddamn huda yang memperkenalkan aku ngan crita korea ni. Now kan aku dah addicted. Anywy, thanks bagi aku pinjam, nanti aku blanja mkn kat primaya ea.....