Wednesday, April 28, 2010

please silent

. . .
out of game
dont let me in again
. . .

Thursday, April 22, 2010

di sini.. aku masih di bawah sini

huhu.. aku rindu nak naik atas sana lagi.....

ermm..

Wednesday, April 14, 2010

Masih.


Hari ni indah. Bangun di awalnya mnunaikan solat subuh lalu mngaji sdikit beberapa surah yg aku rs ‘wajib’ bg subuh dan melancarkan mulut bg surah hafalan semester depan. Alhamdulillah, terasa tenang sikit rohaniku.

Selepas siap mnyidai kain dan mngemas dapur, rehat2 santai memanjakan diri mnonton tv yg aku rs sudah lm benar tidak ‘berinteraksi’ dgnnya. Manakan tidak, hari2 selalu aku hambakan diri mentelaah dan sibuk dgn urusan2 pmbelajaran. Huh, terasa bermakna hari2 yg diisi dgn perkara2 berfaedah dan mmbangun diri.

Petang td aku ke supermarket. Melihat2 brg. Hari ni aku nk buat steamboat. Maka ayam seekor perlu, 6 ekor ikan selar, sdikit tauhu telur, sayur dan paling penting stock ayamnya iaitu kiub ayam atau kiub ikan bilis. Mana2 pun boleh.

Terima kasih ya Allah. Memberikan aku kenyamanan di hati dan urusan hari2ku di sini. (“ ,)/


Sunday, April 11, 2010

telur pindang

Aku rasa kali ni lah mak buat telur pindang paling banyak. Best gile!! Terima kasih mak. Mak tahu aku paling suka telur pindang. Tiap kali mak balik kampung aku mesti x lupa SMS mak supaya jgn lupa ambek daun manggis. Kat bandar ni mane nak dpt daun manggis, pokok manggis pon haram nak ade.

Mak buat banyak. Selalu mak buat 1 periuk kecil je, tp kali ni mak buat dalam periuk besar. Tau x brape biji mak masak? 100 biji!!! Giler best! Puas makan. Sampai telur pindang yang ade atas meja makan pon dah saje je tengok. Huhh.

Tadi aku terpikir, kalaulah aku kawen nanti, telur pindang ni dah semestinya. Perkara wajib ni mesti buat. Kalau boleh, semua tetamu aku yg datang aku nak bagi telur pindang. Giler! Brape gantang periuk besar2 gajah plak nk buat. Ye lah..utk kerabat terdekat je la...

Hishh, tetibe tekak ni terasa nak makan telur pindang la. Dah, aku nak sembahyang dlu, then baru gi makann!!! Hehehe.....

Saturday, April 10, 2010

motor aku sakit

Huhu, hari ni motor aku gi klinik. Sian dia dah lama terbiar sejak aku cuti sem 3 bln ni. Sejak tu lah x penah ber-start. Yelah, aku malas nak kluar.

Dia gi klinik hari ni td. Kene tahan wad. Org tu kata x boleh siap time tu gak, sbb ambek masa yg lama. Lagi pulak aku hntar ptg sabtu, esok ahad cuti.. so isnin la baru boleh siap.

Motor aku masuk wad. Dia mengalami kecederaan yg teruk. Dia telah dianiaya.

Sudah la, aku malas nak ckp lg. Dah stop.

Friday, April 9, 2010

bila lembu dah jadi singa

Heheh.. sebenarnye aku sendiri nak tergelak bila teringat-ingatkan bende ni. Bukan apa, sebab aku fikir macam lawak. Haha..lawok..lawok... Macam ntah hape2 ntah.. Aku rasa macam budak kecik pulak.

Ade la satu hari tu aku termengamok. Aku kalau bukan ye ye, aku x kan mudah nak naik angin, nak marah2, or whatever segala perasaan yg negatif. Aku bukannya ape.. aku penat tau berperasaan begitu. Huh! penat...

Ceritanya aku kan keje kat taska ni. So bile taska of course la budak2 hingus2 berair lg.. baby2.. budak2 kecik yg susah nak dengar kata.

Jadi ade la sorang budak lelaki darjah 2 ni terjal sket. Dia baru balik skolah kebangsaan. Tp disebabkan tenaga budak2 ni terlebih sgt, so dia n the gang buat bising betul2 sebelah bdak2 kecik and baby yg aku dh tidokan tu. Dah tengahari, of course la waktu tido diorg. Bayangkan budak2 yg aku dah tidokan tu terjaga. Begitu payah nak suruh diorg tido, tapi disebabkan beberapa budak besar yg nakal.. semua budak2 kecil tu terbangun. Aku punyalah susah nak jaga diorg, nak layan diorg, merengek sana, merengek sini, melalak sana, melalak sini.

Ntah mcm mn perasaan aku time tu bleh termelambung. Marah. Giler2 marah ah. Aku pon x percaya aku bleh termarah giler2 cam tu. Ha...kan, bile lembu dah jadi singa susah la. Bukan senang nak tengok aku marah2 cenggitu. Sekali aku marah baru korang tau. Giler ah. Sory la korang sape yg terlibat time tu. Nasib korang la...sume aku libas.

Tapi jauh di sudut hati aku, aku x suke sebenarnya dalam perasaan mcm tu. Serius aku kata, aku x suka marah2. Lama mcm tu, aku rasa mcm berdosa pulak buat mcm tu.


hrmmm.....


damai bistari, petang

Thursday, April 8, 2010

alhamdulillah.. syukur...

receive msg dari kak aishah pagi tu betul2 buat aku gembira. Perkataan pertama terungkap dari bibir; "Alhamdulillah Ya Allah.. akhirnya Kau makbulkan juga doa hamba2Mu ini".

Srjna Muda Usldn Mltmedia sudah dpt provision acreditation mggu lps, mula ditawrkn Mei

Teruja dgn msg tu, automatik hilang mood x elok (tension) aku pagi tu. Gembira. Terasa lapang sikit dada ni. Allah mudahkan segala urusan hambaNya. Terima kasih Ya Allah..syukur sgt...

Wednesday, April 7, 2010

syukur..alhamdulillah...

maghrib tu aku terima call dari en.zakaria. Tuan rumah yang aku nak sewa rumahnya utk sem dpn ni..bln depan ni. Mulanya aku ingat sape tepon aku maghrib2 buta ni org nak sembahyang. Rupanya dia. Oklah.

Sebelum tu aku dah terdetik dlm hati ni mesti dia nak panggil aku duduk rumah sewa dia balik, mungkin disebabkan sesuatu berlaku kat org yg dia ambek sewa kat rumah dia tu. So, betul. Dia tnye aku nak lagi x duduk kat rumah dia. So dia elaborate la sbb2 dia x jd ambek org tu.. bla..bla..bla..n bla...

Aku pon time tu agak ter-ego sket, yelah, time aku bgtau nakkan sgt rumah tu, dia pn mcm demand gak, ala-ala..sape letak duit dlu dia dpt la.. So aku sekadar mengiyakan; hrmm..hrmm..hrmm... tanda 'ye lah'.

Tp aku tetap jawab di akhirnya mmg aku nakkan lg rumah dia tu..dan masih tercari2 rumah sewa. Sebenarnya hati aku susah selagi aku x dpt cari rumah sewa utk bulan depan ni. Tapi Allah tu benar2 Maha berkuasa, Dia mudahkan perjalanan hidup aku.

Aku harap nikmat yang Allah bagi pd aku ni bukanlah nikmat yg punya sesuatu disebaliknya. Ya Allah, berkati dan redhailah apa yang Kau berikan pdku ini. Amiin.