Tuesday, May 19, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…


Ali Imran; 104

Dan hendaklah ada di antara kamu satu kaum yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebajikan, dan mencegah perkara-perkara yang mungkar, merekalah orang-orang yang berjaya.

Syabas Ain, kau dah berusaha menjadi sebahagian daripada orang2 yang berjaya. Tidakkah kau sedar, tindakan kau ini merupakan suatu dakwah? Walaupun terkadang kau merasai peritnya untuk menegur perbuatan silap orang di sekelilingmu, sakitnya mata melihat kelakuan mereka dan menyampahnya dirimu kerana tidak bersetuju dengan tindak bicara mereka, tetapi yakinlah tiap sesuatu yang awalnya susah, maka tidak ada yang kesudahannya itu yang membahagiakan (manis). InsyaAllah (dengan izin Allah) semoga kau mendapat keberuntungan yang Allah janjikan kepada sesiapa hambaNya yang menyelamatkan orang lain yang terumbang-ambing dalam gelombang kemaksiatan dan kemungkaran. Sesungguhnya janji Allah itu benar dan pasti.

Saudaraku Ain..

Walaupun akak tahu jauh di sudut hatimu kau tidak menyedari akan hakikat yang berlaku sekarang, tetapi yakinlah dengan dirimu bahawa seakan berlaku suatu anjakan rohaniah ke arah kebaikan. Tidakkah kau tahu dahulu datuk nenek moyang kita adalah dari keturunan imam-imam, pemimpin dan panglima? Di dalam dirimu itu mengalir darah keturunan mereka. Tanyakan pada ibumu sejarah salasilahnya. Sesungguhnya tindakanmu ini merupakan kesinambungan daripada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimana dakwah baginda ketika di Mekah dan Madinah? Selama 23 tahun baginda menyeru orang-orang kafir secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan.

Sesungguhnya Ain, kau berdakwah secara persendirian mengikut kemampuan, kekuatan dan tahap ilmu pengetahuanmu. Nabi bersabda; “sampaikanlah sesuatu dariku walaupun satu ayat.” Syabas lagi sekali buat dirimu. Cuma akak ingatkan agar kau jagalah petunjuk (Nur) yang Allah berikan ini dengan sebaiknya. Jangan pernah bagi ia pergi/hilang.

Jadilah seorang Islam yang benar2 Islam kehidupannya di dunia dan akhirat. Wallahu ‘alam.