Sunday, May 23, 2010

Rumah Baru

Ya, setinggi2 kesyukuran hanya layak kepada Allah, seluas nikmatnya yang tak terjangkaukan itulah bukti Dia milik Yang Maha Agung. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Benar Allah mengizinkan aku untuk berumah di rumah baru ini (mengikut tafsiran aku). Satu tempat untuk aku berteduh sementara sepanjang pengajian di sini. Di daerah ini. Sini.

Dindingnya pink. Ya, aku mulanya tak menyedari. Setelah 3 minggu mendiami apartment ini barulah tersedar. Haha. Tingkatnya tinggi. Jenuh lutut nak menaik. Sayangnya, aku kasihankan mak. Tak larat nak bertatih. Selang beberapa tingkat berhenti, memberi ruang pada kakinya berehat. Pada aku dan teh, ia tak menjadi masalah. Malah mencabar sebenarnya. Tengok stamina pada muda2 ni. Adakah naik secara bersahaja, atau naik secara berlari atau macam mak. Semput. Ya aku kadang2 begitu juga kalau 1 hari tu jadual padat dan penat.

Tak ada apa yang nak di-describe-kan tentang rumah ni. Biasa. Besar la juga. Selesa. 2 bilik air, open kitchen dan yang benarnya environment viewed-nya dari atas sini. Sungguh. Cantik. Tak kira siang atau malam. Sengaja memberi aku peluang untuk berkhalwat dengan langit, awan, hujan, matahari, bulan dan bintang –hari2. Di tambah dengan sound-effect-nya burung2 yang bising pada setiap paginya. Seronok juga halwa telinga pagi2. =) Ini kalau ada kucing ni lagi seronok tengok telatahnya melihat burung2 yang bebas berkicau di sini. Kelakar. Haha.

Ha, lagi satu lagi best kalau ada DSLR. Ape tu? Ntah. Ala kamera yang photographer slalu guna tu.. Owhhh... Lagi cantik dapat tangkap gambar2 indah ni. Hehe.

Doakan aku selamat ya dengan rumah baru ni... Kekal.

nuhhas, Melati

Saturday, May 22, 2010

22 Mei ’10

Hari ni harijadi teh. Selamat ya. Sepanjang umur ni manfaatkanlah dengan baik2. Angka 19 ni tak akan dapat balik bila kau dah menginjak 20 nanti. Ya, ucapkan selamat tinggal pada 18. Sepanjang dengannya, kau masih baik2 lagi fizikal dan mental. =)

Hari ni langit muram je. Matahari entah ke mana peginya. Langsung tak kelihatankan. Kisi2 sinarnya pun langsung tak dapat dikesan. Kenapa? Kenapa langit engkau bermuram saja? Siapakah yang telah melukakan hatimu? Sebentar kemudian hujan turun. Benar langit, kau begitu sedih lantas menitiskan air matamu? Langit, mengapa?

Barangkali sejuk nyaman hawanya seperti meraikan hari lahir teh hari ini. Tidak membahang seperti hari2 selalunya. Sesuai. Teh masih lagi di situ. Senongkol dalam kain selimut. Sedap, panas mungkin.

Kepada langit, jangan sedih2 ya. Aku masih di sini. Bersetia merenungmu dari jauh.

9.41am, Melati

Tuesday, May 11, 2010

Malam


Malam, izinkan aku berkasih denganmu

Kerana engkau yang begitu cantik.


-yang benarnya aku ingin banyak beribadat kepadaNya.

Monday, May 3, 2010

alhamdulillah ya Allah

alhamdulillah insyaAllah juga aku akan masuk rumah baru utk sem ni. Doakan aku semoga rumah baru ni berkekalan hingga aku habis belaja nanti

alhamdulillah

Alhamdulillah insyaAllah aku akan apply Usuluddin dgn Multimedia utk sem baru ni. Doakan aku.

pheww~~ bestnyee.....

cuti.. habis keje. jumaat lepas maka tamatlah perkhidmatan aku kat taska tu. duduk rumah tido. habiskan tido2 aku yg tak cukup tu. huarghhhhh.... bestnye

td dolah msg, ajak aku kluar lunch. biar betol budak ni. maka aku yg mmg tgh free ni go-on je la. kluar mkn t/hr dgn dia. saje suka2. best hilangkan boring.. aku..dia...

best nye hidup ni. pagi td sarapan minum air dutch lady strawbery. yayy!!! dah la feveret aku tuh. makan plak fillet ikan pullock. yashh!! rasa bahagia je hidup ni... hehe. Nnti nak makan Mega Mac aku yg smlm x habes lg tu. petang makan aiskrim potong rasa kacang merah..memang feveret aku gak tu. huhu.. bestnyeee... (n_n)"