Thursday, March 26, 2009

Awesome, this vacation.


Lama baru aku dapat posting entry untuk vacation hari tu. Balik je dari bercuti, giler banyak keje bertimbun, sampai otak aku buntu dan mcm tak de idea untuk menyusun kata2. Lagi, banyak gak hal yang berlaku akhir2 ni. Kepala aku pening. Kacau. I feel sorry for my self. Huhh!

2 minggu lepas aku bercuti ke pangkor, Swiss Garden golf resort & spa damai laut, perak. Ah, actually nampak je macam gi pangkor, tapi x pegi pun ke pulau pangkor tu. Hampeh betol. Aku ingat nak naik la feri gi sana, tapi hanya tinggal mimpi je. Terkulat2 aku. Pun begitu, vacation 3 hari 2 malam tu aku rasa paling best yang pernah aku pergi kalau nak compare dengan vacation2 sebelum ni. Bukan takat keadaan sekelilingnya, tapi suasana, hospitalities, facilities-nye memang aku kagum. So, no wonder la kalau tempat ni pernah menang Malaysia Tourism Awards 2005/2006, resort 4 bintang terbaik dlm hotel services. Pekerja2nye mmg ramah dan sedia menolong kalau terdapat sebarang masalah. And of course la makanannye mmg sedap2 belaka.


One more thing is, this vacation menyediakan aktiviti2 giler best. Haha, kebanyakannye sport yg mmg aku minat. 1st mestilah bola tampar. Fuhh, agak lama gak tangan ni tak serf. Sejak zaman skolah dlu, time meletup2 nak massisuma. Teruja giler bila dpt pegang balik bola tu. Now I really realize that I love much this volleyball. Gud damn, lps ni aku mesti beli bola tu dgn net, and practice at home. Wahuahua…giler teruja. Ye lah, kat kampus aku x de peluang langsung nak main bola ni. Study memanjang. Then, skrg dh keje...lagilah x de masa. Busy memanjang. Just dduk sehari suntuk kt bilik yg selesa ni, then balik tido. Lemak badan pun dh giat membiak.


Tambah lagi kat situ ade paintball, memanah, and kayaking! Aku rasa ini kali kedua aku berkayak. Kali terakhir is 2 thn lps. Giler seronok. Patut ade flying-fox untuk org dewasa and sukan2 ekstrem yg lain lagi… baru best. Petang hari kedua tu gak aku round satu resort tu. Mcm2 aku jumpa. Aku round2 je kat spa –tengok2. Aku masuk gym, then last sekali aku layan jakusi ngan sauna. Fuhh, seronok beb. Cuma karaoke je aku tak sempat masuk. Masa terlalu suntuk! Malam aku penat giler terus tido. Ahh... enaknya.

Aku rasa percutian kali ni macam tak puas nak berseronok. Aku tak habis2 tanya ayah; thn depan pegi mana pulak? Rasa macam tak sabar! Hahaha…. Adik aku kata; “sebenarnya selain benda2 dan perkara2 yang menerujakan tu, ada satu makhluk yang sama2 menghangatkan suasana & keadaan selama 3 hari tu.” Yahh.. itu pun aku agak tak terkecuali. Sbb aku ada terperasan sorg mamat tu. Mungkin boleh dijadikan satu perbahasan nanti. Hakhakhak… mula dah nak merepek aku ni. Dah..dah… full stop kat sini. Titik.

_____________________________________________________

Tu gambar atas tu aku ambik kat salah satu side masa kat sane. Korang teka lah, agak2 kat mana terdapat bende tu. =)


26 Mac 2009, 1347pm

Thursday, March 12, 2009

Lady Bird VII



Cinta pertama? Yeah, who knows? Kadang-kadang cinta pertama kita bukanlah untuk kita. Boleh jadi dia adalah cinta pertama kita, tapi kita berkahwin dengan orang lain. Dan sikitnya kemungkinan untuk kita dapat sehidup semati dengan pilihan pertama hati kita apabila mata sudah terpaut dan jiwa sudah tersentak. Yang mana betul-betul dapat apa yang dipujakan hati siang dan malam, ia satu keuntungan. Ah tidak, kebanyakannya tidak akan begitu. Siapa kita untuk menentukan sabda alam ini?

Bercakap tentang cinta, sampai kiamat pun benda ini tidak akan habis. Terlalu universal. Terlalu subjektif. Buku dato’ doktor fadhilah kamsah bertajuk motivasi praperkahwinan yang dipinjam dari abangnya pun belum lagi dapat dihabiskan. Baru mukasurat 8. Banyak hal yang mendatang. Walaupun dia belum terlintas untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ini, dalam masa 3-4 tahun ni, namun membaca buku-buku seperti itu bukanlah menjadi haram baginya. Dia sukakan membaca apa sahaja yang berilmiah.

Bukan apa, semakin dia memikirkan soal cinta ini, soal perkahwinan, soal jodoh pada masa akan datang, dia semakin tak yakin dengan apa yang sedang dia hadapi sekarang. Cuba untuk menelan sikit-sikit tentang makna pergerakan perjalanan hidup ini. Kata-kata hatinya semakin serabut bersarang. Hinggakan dia malas hendak memikirkan soal hati dan perasaan. Mendera dirinya sendiri dengan kerja-kerja yang menyibukkan. Penat.

Itu di dalam biliknya, masih di situ, khayal menyiapkan tugasan-tugasan kerja. Tiba-tiba kerja sebegitu menjadi terlalu menarik sehingga dia peruntukkan waktu siangnya hanya untuk bekerja dan malamnya untuk berehat tidur. Life is nothing. No more sweet colorful shining over the rainbow. Bad dream, nightmare. Baginya, life is looks like dull, gloomy lining around the cloud. Pity her.

Terlalu banyak yang difikirkan olehnya dalam umur semuda itu. Sehinggakan tiada lagi kata-kata mutiara yang boleh dibicarakan oleh dua ‘malaikat’ tersebut seperti selalunya. Masih ‘ternganga’. Kunci. Katup mulut.


Ah, kadang-kadang punya lelaki pun tak guna. Punya teman lelaki, even suami pun kadang-kadang menyeksakan. Buat apa menanggung semua kepahitan hati, perasaan, jiwa dan perasaan gara-gara taik orang lain? Siapa mampu jawab? Alangkah bahagia dan amannya kehidupan ini tanpa terikat dengan sesiapa. Itulah yang tercatat pada dinding hatinya tatkala ini. Sekali imbas jika diamati seperti kata-kata sister in islam. Tetapi dia tidaklah sampai ke situ. Masih punya kewarasan yang mentakma hatinya iaitu kanun Allah swt. Itu jugalah yang menjadikan hidupnya sehingga sekarang sunyi dari kehadiran makhluk yang bernama lelaki. Baginya, lelaki memang menyusahkan.

Tapi jauh di sudut hatinya, dia tahu bisikan yang cuba dipegangnya itu adalah kata-kata orang yang takut mengambil risiko. Penakut yang menafikan fitrah semulajadi manusia. Bukan dia tidak belajar semua konsep-konsep kemanusiaan yang berkait rapat dengan firman-firman ketuhanan. Tambah lagi dengan psikologi melalui pemerhatian, penelitian dan analisis yang dia peroleh selama ini.


nuhhas, Tuesday, 9.26 am, 10 mac 09

Tuesday, March 3, 2009

Life is rolling


Slmt hari lahir syg, ke 25. Moga kau sihat dan ceria slalu..

--------------------------

Its late... getting late.. U know what day today?... The day when my heart become fall into pieces… again..  Sob..sob..sob…

Secara luarannya aku nampak mcm tough, tp bila sampai keadaan mcm ni, aku jadi lemah. Lemah sangat. Sampai suatu mlm tu, aku akhirnya nangis jugak. Jatuh juga airmataku ini. Sedihnyee......

Hidup ini berjalan. Berpusing. Tiba satu saat ia akan naik, then turun balik. Silih berganti. Yang merasainya aku.

Thanks dik, for spend my time that night. At least, kau dah lupakan aku pada dia malam tu. Masa derita itu berlalu bergitu sahaja. Alhamdulillah, aku dapat melaluinya.

12.29am

Monday, March 2, 2009

Duri, cucuklah diriku ini


Hari ni je sudah membuatkan aku terasa kesakitannya. Inikan pula esok. Perit. Sakit. Derita. Betul-betul nak buat aku mati.

Kalau keadaan begini berterusan, selamanyalah otak aku akan sakit. Sepertinya aku tidak boleh keluar dari kepompong dia. Berusaha untuk melepaskan diri, tetapi seakan ditarik balik masuk ke dalam semula.

What I’m supposed to do? Damn it!! I hate it! Really hate it!!