Thursday, March 12, 2009

Lady Bird VII



Cinta pertama? Yeah, who knows? Kadang-kadang cinta pertama kita bukanlah untuk kita. Boleh jadi dia adalah cinta pertama kita, tapi kita berkahwin dengan orang lain. Dan sikitnya kemungkinan untuk kita dapat sehidup semati dengan pilihan pertama hati kita apabila mata sudah terpaut dan jiwa sudah tersentak. Yang mana betul-betul dapat apa yang dipujakan hati siang dan malam, ia satu keuntungan. Ah tidak, kebanyakannya tidak akan begitu. Siapa kita untuk menentukan sabda alam ini?

Bercakap tentang cinta, sampai kiamat pun benda ini tidak akan habis. Terlalu universal. Terlalu subjektif. Buku dato’ doktor fadhilah kamsah bertajuk motivasi praperkahwinan yang dipinjam dari abangnya pun belum lagi dapat dihabiskan. Baru mukasurat 8. Banyak hal yang mendatang. Walaupun dia belum terlintas untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ini, dalam masa 3-4 tahun ni, namun membaca buku-buku seperti itu bukanlah menjadi haram baginya. Dia sukakan membaca apa sahaja yang berilmiah.

Bukan apa, semakin dia memikirkan soal cinta ini, soal perkahwinan, soal jodoh pada masa akan datang, dia semakin tak yakin dengan apa yang sedang dia hadapi sekarang. Cuba untuk menelan sikit-sikit tentang makna pergerakan perjalanan hidup ini. Kata-kata hatinya semakin serabut bersarang. Hinggakan dia malas hendak memikirkan soal hati dan perasaan. Mendera dirinya sendiri dengan kerja-kerja yang menyibukkan. Penat.

Itu di dalam biliknya, masih di situ, khayal menyiapkan tugasan-tugasan kerja. Tiba-tiba kerja sebegitu menjadi terlalu menarik sehingga dia peruntukkan waktu siangnya hanya untuk bekerja dan malamnya untuk berehat tidur. Life is nothing. No more sweet colorful shining over the rainbow. Bad dream, nightmare. Baginya, life is looks like dull, gloomy lining around the cloud. Pity her.

Terlalu banyak yang difikirkan olehnya dalam umur semuda itu. Sehinggakan tiada lagi kata-kata mutiara yang boleh dibicarakan oleh dua ‘malaikat’ tersebut seperti selalunya. Masih ‘ternganga’. Kunci. Katup mulut.


Ah, kadang-kadang punya lelaki pun tak guna. Punya teman lelaki, even suami pun kadang-kadang menyeksakan. Buat apa menanggung semua kepahitan hati, perasaan, jiwa dan perasaan gara-gara taik orang lain? Siapa mampu jawab? Alangkah bahagia dan amannya kehidupan ini tanpa terikat dengan sesiapa. Itulah yang tercatat pada dinding hatinya tatkala ini. Sekali imbas jika diamati seperti kata-kata sister in islam. Tetapi dia tidaklah sampai ke situ. Masih punya kewarasan yang mentakma hatinya iaitu kanun Allah swt. Itu jugalah yang menjadikan hidupnya sehingga sekarang sunyi dari kehadiran makhluk yang bernama lelaki. Baginya, lelaki memang menyusahkan.

Tapi jauh di sudut hatinya, dia tahu bisikan yang cuba dipegangnya itu adalah kata-kata orang yang takut mengambil risiko. Penakut yang menafikan fitrah semulajadi manusia. Bukan dia tidak belajar semua konsep-konsep kemanusiaan yang berkait rapat dengan firman-firman ketuhanan. Tambah lagi dengan psikologi melalui pemerhatian, penelitian dan analisis yang dia peroleh selama ini.


nuhhas, Tuesday, 9.26 am, 10 mac 09

0 terjera: