Thursday, February 19, 2009

Take my hand, books….



Hari ni ingat nak baca buku je, habiskan 2 buku yang beli mggu lepas. Bukunya nipis je, tp tak sempat nak habiskan jugak. Masa terlalu pantas!

Tadi sarapan kentang lenyek, sandwich ngan sup cendawan Campbell. Pretty cool ha? Sebabnye bukan ape.... mls nk masak t/hari. Kang petang karang bile terasa lapar baru pikir nak makan ape.

Ok, start with chapter XI page 107.....

dan.... yesss! the story very interesting, patut lebih semangat..hopefully i'm not sleep~~

Tuesday, February 17, 2009

Overcast on my heart


“Tiap hari-hariku adalah muram. Suram tanpa sapaan darimu. Musim gerhana merah lalu kerapkali menjengahi aku disini. Warnanya seakan awan yang sarat dengan cahaya jingga saat alam bersilih dengan selimut malam bercorak bebintang. Dan aku di pesisir pantainya, mengambus pepasir putih yang di kala itu wajahmu mempotret di dada langit.“

______________________________________________

Aduhh, sejak berpindah ke sini, aku selalu berperasaan begitu. Sukar benar nak lari dari kenangan2 lalu. Walaupun aku dah sibukkan diri dengan pelbagai kerja, mengambil tanggungjawab dan amanah yang berat2 dan besar2 yang sblm ni aku takut nak galas, siapkan kertas2 kerja yang kontrak detailnye banyak giler. Sejak akhir2 ni aku banyak buat kerja luar.... urusan di KL, urusan di nilai, damansara, bangi, gombak. Nasib baik kerja seminggu kat Kelantan itu postpone 2 minggu lagi, kalau tak mau mati aku berkejar ke sana ke mari. Bulan 3 ni kene g Melaka plak, 4 hari 3 mlm. Mintak2 dapat menginap kat hotel or chalet yang ok sket.... klau tak suffering la aku kat sane.

Utk huda, gomen nasai!! aku slalu janji nak dtg umah ko, tp tak sempat. Ko pun sabtu ahad pun keje… so aku kengkadang boring gak baca buku sensorang kat rumah. Skrg ni pun malas dah nak on9 slalu. Tp, jangan risau puisi2, sajak2 ko kat blog mindthoughful aku selalu je baca. Makin mantap beb.... wut happen 2 u hah?? Tuh, yang perenggan atas sekali tu aku blaja dari ko la tu. Aku tulis sket2 boleh la... sekadar luahan rasa hati, tp klau nak jadikan sebuah sajak or puisi mcm ko.... blom mampu lg kot... hakhakhakhak....


Okehlah, nak sambung keje balik. Till meet again…..


~Nuhhas, 16 feb 09, 9.32am

Sunday, February 8, 2009

Serabut persoalan........


Sesekali melihat
Ah, dia.....
Sungguh teruja hati ini Tuhan
Hampir sengaja sama.

Kau mahu aku mengalahkah Tuhan?
Dengan memperlihatkan semua ini padaku.

Dia hendak menunjukkan apa?
Memberi hint?

Tuhan, kau mahu aku menangiskah?
Membunuh kejam hatiku?
Selepas itu
Menjadi syaitan?
Atau berusaha menjadi malaikat?

Yang benarnya
Aku penat Tuhan
Boleh tak kau hentikan semua ini?
Hentikan semua ini.....


*****


Jika benar Tuhan
Aku bisa jadi murung
Memeruk perasaan dalam-dalam
Sukah benar nanti untuk diubati
Yang ketika itu hanya mengenal
Kegelapan, kesedihan dan kepiluan
Yang ketika itu
Tidak berguna lagi
Senyum dan tawa yang Kau hadirkan
Atau pencerahan yang kau ingin galang-gantikan
Seperti perempuan yang kematian suami
Sesudah bertahun-tahun hidup bersama
Semeja-semakan
Setidur-sekatil
Yang segala-galanya bersama
Ketika itu mukaku sudah menjadi kelabu.


19.15pm, 19 Jan 09
Opal Village

Sunday, February 1, 2009

Resah

Sejak akhir2 ni, setelah beberapa jemputan kahwin dan majlis pertunangan yang aku hadiri, betul2 membuatkan aku untuk berfikir. Berfikir rumit dan panjang.


Perasaan..... perasaan aku, perasaan orang lain, mak, ayah, sedara-mara....
Aku pun tak tahu nanti akan datang macam mana

Kadang2 soalan2 macam ni yang membuatkan aku lemah.


Tiba2 tadi teringatkan ’buku’....’penjual buku’......

Alaahhh...that boy at the library tu lah...

Macam mana agaknye ye dia skrg. Dah kawen ke belom. Dah jumpe yg sesuai ke belom?
Hakhakhakhak….. aku ni merepek la.


Penjual buku dan penjual tikar….. wahkakakaka…


~18.45pm, 28 Jan 09