Sunday, August 24, 2008

i'm in blues.....



Now i'm in bluesss...

seriously


suka hidup dibalik bayangan orang-orang yang dikasihi

yang disayangi

adalah yang disenangi

ahhh... hidup ini indahnya...


senyum (^o^)"

ya senyum (^o^) (".")^

ah, bahagianya hidup ini.....


Saturday, August 16, 2008

Ladi Bird III

2 hari ini, dia sibuk betul dengan tugasan-tugasan kolej. Bertungkus lumus menekuni setiap kerja yang dipertanggungjawabkan.

Bukan.
Bukan baru 2 hari ini. Tapi dalam seminggu ini jadual hidupnya sangat padat.


Di mana tarikh tutup tesisnya? Di mana deadline assignment-assignment-nya? Di mana hendak exam-nya? Di mana handout present-nya? Di mana hendak cari bahannya? Di mana hendak membaca bukunya?


Serabut.
Kalut.
Terkejar-kejar.

Ya terkejar-kejar.


Tambah satu lagi;

Di mana hendak tenangkan diri berpindah ke rumah abang apisnya? Lalu study dengan aman di sana. Tiada gangguan. Ya, tiada gangguan.

Di mana hendak arrange-kan masa pergi ke konvo abanas?
Persoalan. (?)

Arghhh.
Sakit kepala.


Kalau lemah semangat, tentu kesudahan kerja-kerja di atas bertukar kepada aktiviti makan-makan. Makan dan makan.

Tak juga. Boleh juga tidur.
Ya, tidur. Ya ya ya. Satu nikmat yang tidak terperi. Hilang segala tekanan.


Tak juga. Ia sementara.
Lepas itu, bakal jadi sawan gila semula.
Kenapa?
Kerana kerja masih banyak bertimbun dan telah sedikitnya masa yang tinggal.

Betul juga.


Tapi, alhamdulillah.
Kerana dia masih di situ.

Masih setia berteleku menekuni kertas-kertas dan buku-buku pelajarannya.


Motif?
Hidup ini bosan.


13.27, 11 Ogos 2008