Wednesday, January 14, 2009

Tabahkah? (sebuah kematian; aku yang ditinggalkan bersendirian)

Adakah aku merelakan? Aku relakan ia?
Tak de perasaan, tapi ingin menangis juga.
Kasih?
Tentulah. Sayang..........

Dia makhluk juga

Titik. Titik. Titik. Titik. Titik.


Kadang-kadang aku tak suka dengan perasaan aku sendiri.


Harap akan mati?
Tidak!!!
Menangiskah?
Baik jangan mulakan.......


8 Jan 09
Dia mati
Meninggalkan aku keseorangan di sini
Habis, siapa yang nak temankan aku?
Sampai hati tinggalkan aku.
“Tak tahukah engkau, aku sayangkan engkau?“

Habis, barang-barang peninggalan kau? Buat aku sakit hati.

Engkau itu kekuatan aku.
Kekuatan aku.


Selamat tinggal...
Jangan lupa tegur aku di sana nanti.


___________________________

Si Kecik mati sebih kurang pukul 5 lebih ke pukul 6 lebih pagi tu.

2/12/08 – 8/1/09
Sebulan seminggu

Tanam pada pukul 9.10 pagi di pokok bunga merah tepi jalan, Bangi.




Nuhhas, 8 Jan 09, 7.45am
Opal Village

Friday, January 9, 2009

Good bye ‘bloody hell’ and say hi to the new world

Esok tahun baru hijrah 1430. Aku balik rumah mak. Tadi aku sembahyang tahun baru ngan mak dan ayah. Terasa memang dah lama aku tak sama-sama berjemaah. Syahdu. Malam tu angin dingin membawa hujan. Aku tahu, alam juga turut memahami, sama-sama menasbih zikir, syukur yang mengunung dan pujian penuh kerinduan agung tertinggi hanya untuk Allah.

Lepas salam dan mengucup lembut tangan mak ayah, aku duduk sekejap disebelah mak. Ada rasa gundah yang tak selesa dalam hati aku sebenarnya. Ringkasnya :

Aku nak putus dengan Mohit. Aku dah penat sebenarnya. 2 tahun lebih aku berkawan dengan dia. 30/9/06 till now. Nothing.

Macam aku je yang nampak terhegeh-hegeh dengan dia. Dia relek je. He has nothing.

Aku ’tutup’ semua pintu untuk lelaki masuk dalam hati aku. Aku hanya benarkan dia.

Tapi, di mana dia tatkala aku memerlukan dia?
Di mana dia tatkala aku dalam kesusahan, kerisauan, kebimbangan, ketakutan…..?
Di mana dia tatkala aku perlukan sokongan, dorongan, nasihat dan teman bicara?

Tak de.
Dia tak de langsung.

Aku hidup dalam sendiri.
Aku bina sendiri kekuatan.
Aku buat sendiri semuanya, sebab aku rasa malu kalau orang tolong aku
Sebab aku tak nak dipandang lemah, tak berkeupayaan, tak mampu
Aku challenge semuanya.

Lama-lama aku bosan.
Aku tak kisah lagi dah.
Malas dah nak fikir bende-bende ni.
Suke hati kau lah.

Aku cakap kat mak; kalau ada mana2 lelaki yang nak masuk meminang, mak terima sajalah. Terserah pada mak ayah. Aku ikut je.

No, stop! Aku cakap bukan macam menunjukkan aku patah hati atau aku ’ditolak’...
No........ aku dah malas sebenarnya menunggu orang. Macam tunggul bodoh.

Aku nak enjoy life ni
Selamat tinggal badut bodoh.

***

Besok mak ajak aku puasa 1 Muharam. Tergerak hati jugak nak menguji balik diri ini.
Jika diizinkan, aku cuba esok.


Nuhhas, 28 Disember 2008, Sunday, 2320pm