Tuesday, February 17, 2009

Overcast on my heart


“Tiap hari-hariku adalah muram. Suram tanpa sapaan darimu. Musim gerhana merah lalu kerapkali menjengahi aku disini. Warnanya seakan awan yang sarat dengan cahaya jingga saat alam bersilih dengan selimut malam bercorak bebintang. Dan aku di pesisir pantainya, mengambus pepasir putih yang di kala itu wajahmu mempotret di dada langit.“

______________________________________________

Aduhh, sejak berpindah ke sini, aku selalu berperasaan begitu. Sukar benar nak lari dari kenangan2 lalu. Walaupun aku dah sibukkan diri dengan pelbagai kerja, mengambil tanggungjawab dan amanah yang berat2 dan besar2 yang sblm ni aku takut nak galas, siapkan kertas2 kerja yang kontrak detailnye banyak giler. Sejak akhir2 ni aku banyak buat kerja luar.... urusan di KL, urusan di nilai, damansara, bangi, gombak. Nasib baik kerja seminggu kat Kelantan itu postpone 2 minggu lagi, kalau tak mau mati aku berkejar ke sana ke mari. Bulan 3 ni kene g Melaka plak, 4 hari 3 mlm. Mintak2 dapat menginap kat hotel or chalet yang ok sket.... klau tak suffering la aku kat sane.

Utk huda, gomen nasai!! aku slalu janji nak dtg umah ko, tp tak sempat. Ko pun sabtu ahad pun keje… so aku kengkadang boring gak baca buku sensorang kat rumah. Skrg ni pun malas dah nak on9 slalu. Tp, jangan risau puisi2, sajak2 ko kat blog mindthoughful aku selalu je baca. Makin mantap beb.... wut happen 2 u hah?? Tuh, yang perenggan atas sekali tu aku blaja dari ko la tu. Aku tulis sket2 boleh la... sekadar luahan rasa hati, tp klau nak jadikan sebuah sajak or puisi mcm ko.... blom mampu lg kot... hakhakhakhak....


Okehlah, nak sambung keje balik. Till meet again…..


~Nuhhas, 16 feb 09, 9.32am

0 terjera: