Sunday, February 8, 2009

Serabut persoalan........


Sesekali melihat
Ah, dia.....
Sungguh teruja hati ini Tuhan
Hampir sengaja sama.

Kau mahu aku mengalahkah Tuhan?
Dengan memperlihatkan semua ini padaku.

Dia hendak menunjukkan apa?
Memberi hint?

Tuhan, kau mahu aku menangiskah?
Membunuh kejam hatiku?
Selepas itu
Menjadi syaitan?
Atau berusaha menjadi malaikat?

Yang benarnya
Aku penat Tuhan
Boleh tak kau hentikan semua ini?
Hentikan semua ini.....


*****


Jika benar Tuhan
Aku bisa jadi murung
Memeruk perasaan dalam-dalam
Sukah benar nanti untuk diubati
Yang ketika itu hanya mengenal
Kegelapan, kesedihan dan kepiluan
Yang ketika itu
Tidak berguna lagi
Senyum dan tawa yang Kau hadirkan
Atau pencerahan yang kau ingin galang-gantikan
Seperti perempuan yang kematian suami
Sesudah bertahun-tahun hidup bersama
Semeja-semakan
Setidur-sekatil
Yang segala-galanya bersama
Ketika itu mukaku sudah menjadi kelabu.


19.15pm, 19 Jan 09
Opal Village

0 terjera: