Wednesday, April 14, 2010

Masih.


Hari ni indah. Bangun di awalnya mnunaikan solat subuh lalu mngaji sdikit beberapa surah yg aku rs ‘wajib’ bg subuh dan melancarkan mulut bg surah hafalan semester depan. Alhamdulillah, terasa tenang sikit rohaniku.

Selepas siap mnyidai kain dan mngemas dapur, rehat2 santai memanjakan diri mnonton tv yg aku rs sudah lm benar tidak ‘berinteraksi’ dgnnya. Manakan tidak, hari2 selalu aku hambakan diri mentelaah dan sibuk dgn urusan2 pmbelajaran. Huh, terasa bermakna hari2 yg diisi dgn perkara2 berfaedah dan mmbangun diri.

Petang td aku ke supermarket. Melihat2 brg. Hari ni aku nk buat steamboat. Maka ayam seekor perlu, 6 ekor ikan selar, sdikit tauhu telur, sayur dan paling penting stock ayamnya iaitu kiub ayam atau kiub ikan bilis. Mana2 pun boleh.

Terima kasih ya Allah. Memberikan aku kenyamanan di hati dan urusan hari2ku di sini. (“ ,)/


0 terjera: