Saturday, December 27, 2008

Barbeque

Ahhh, boring duduk sensorang. Semalam aku ajak huda datang umah. Lepas dia habis keje kat klinik pkul 5, terus datang sini. Dia kata; “nasib baik tak jem sgt highway kajang, kalau tak time cam ni lah sesak giler org balik keje. Aku speed bagai nak rak sebab nak elak jem, hujan ngan hari nak malam.”

Seronok, beborak giler mcm2. Yelah, hampir 2 bln kot. Huda syok giler kat pokok kaktus aku, hahaha padan muke... aku tahu dia mmg suka pokok kaktus. Sengaja aku nak tayang kat dia.

Sejak Mohit tak de kat sini, aku makin rajin dok tanam pokok2 bunga dan kaktus. Berseri sket nampak rumah ni. Boring, sesekali aku turun tanah gak. Huda pesan beli 2 pokok bunga mawar dan 3 jenis pokok kaktus lagi kalau aku gi Cameron. Gile menanam dia ni. Bile mase ntah nak dok bercucuk tanam kalau Isnin-Sabtu keje je memanjang. Dah tu Ahad spend masa just utk tido. Tak paham aku.


Then malam tu, kitorang buat bakar-bakar sket. Barbeque. Panggang daging, udang, sotong, ayam, ikan dan hotdog. Huda ambik turn buat air asam for cicah2, sup cendawan dan cocktail. Yummy... memang best! Huda kata; “Ko memang nak buat aku gemok arr.” Relek huda... Malam tu habis masa kat luar rumah je, berborak, makan2....

Puas main api, main kipas-kipas, main asap sampai pedih-pedih mata... kitorang masuk dalam dok makan sambil tengok movie seram. Citer hantu. Malam tu, kitorang menjerit-jerit macam orang giler sebab tengok citer hantu indonesia (Beranak Dalam Kubur). Suspen giler citer tu, takut.... Channel 953 astro boxoffice huda suke sangat... and 412 cinemax citer pembunuhan penyiasatan. Borak, menjerit, makan, gelak2.... let’s partee till late bebeh! Hohoho.... Aku tak ingat pkul brape kitorang tido malam tadi.


Then pagi tu after breakfast menghabiskan makanan malam tadi, aku ngan huda gi shopping kat Nilai 3. Aku just beli tudung ngan handbeg. 2 bende tu je dah RM70. 60. Giler mahal! Huda plak beli baju kurung 3 pasang buat nak pegi kelas bile dia dah smbung blaja nnti. Then dia survey kasut ngan baju songket utk konvo dia tahun depan. T/hari tu kitorang makan kat luar je. Tak larat beb, round satu nilai3 tu je dah buat aku sakit kaki... Then sampai rumah pkul 5.


Huda drive balik malam tu jugak sebab katanya esok dia ada jemputan kenduri. Leceh budak ni. Anyway, thanks huda for accompany me this weekend. It was so fun.
nuhhas, Saturday, 23.10pm

0 terjera: