Sunday, December 21, 2008

Lady Bird IV

“Rumah ini ada orang sakit.”

“Siapa?”

“Ibu dia. Dia sakit sejak kelmarin. Demam, badan seram-seram sejuk, juga sakit kepala. Terasa sunyi pula suasana rumah itu.“

“Aku tak faham. Siapa yang kau maksudkan ini?“

“Itu. Budak perempuan yang selalu duduk di tepi jendela tu.”

“Oh dia itu. Budak tu rajin. Aku perhatikan dia selalu duduk di tepi tingkap biliknya sambil membaca buku. Buku apa-apa sajalah. Kadang-kadang aku lihat dia duduk lama berjam-jam mengadap laptopnya. Menaip mungkin, atau membaca sesuatu darinya. Tapi tak pernah pula aku lihat dia membaca majalah-majalah hiburan atau komik manga.”

“Betul tu. Bagi dia, bahan bacaan serupa itu semuanya picisan dan membuang masa. Tiada manfaat atau sebarang ilmu yang boleh diambil.”

“Ah, mengadap buku yang tiap helai mukasuratnya penuh dengan tulisan padat-padat langsung tiada gambaran imej memang sungguh membosankan. Lagi pula membaca pada sesuatu yang tiada kait-mengait dengan diri kita lagi menjemukan.”

“Betul tu. Tapi tidak bagi dia. Baginya, membaca semua itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ilmu yang dia dapat manfaatkan. Sains, politik, agama dan sastera semua dia baca. Bukan macam sesetengah orang yang hanya mengambil tahu hal diri sendiri sahaja. Dia bukan individualistik. Semua manusia di muka bumi ini khalifah, bersaudara, yang bagai satu tubuh yang mesti saling berkaitan. Kau sudah lupa satu hadith nabi tentang manusia itu diciptakan bagai satu tubuh yang mana jika salah satu dari anggotanya sakit, maka anggota tubuh lain turut merasa sakit.”

“Masakan aku tidak tahu hadith itu, hasan lagi sohih. Lagi riwayat muttafaqun ‘alaih. Cuma kadang-kadang tak teringatkan. Membaca itu hobinya mungkin. Tapi dia tidak menjaga ibunyakah?”

“Sebagai seorang anak, itu sudah tentu tanggungjawabnya. Tapi kehidupan ini mesti diteruskan. Takkan kau hendak melihat dia menangis sedih setiap waktu mengenangkan keadaan ibunya. Qada’ dan qadar, itu ketentuan Allah. Kita hanya mampu berdoa baik-baik dan tawakal, Allah bantu selebihnya.”


Tatkala itu, guruh kedengaran dan awan mendung hitam mulai berarak. Budak perempuan itu bingkas bangun untuk mengangkat jemuran.


Titik.


Nuhhas, Wednesday, 17 Dis 2008, 12.58pm, Cheras, KL

0 terjera: