Thursday, July 31, 2008

Lady Bird II

Hiruk-pikuk besok nak exam. Lega rasanya sebahagian besar benda yang masuk dalam exam dah ada dalam kepala. Tinggal nak diaplikasikan sahaja atau dikeluarkan je nanti. Tak taulah aku boleh jawab atau tidak nanti. Segala-galanya aku serahkan pada Allah. Ya Allah, bantulah aku.

Hafalan diteruskan lagi.


Kitab al yahud yanqosimu ila ithnain wahuwa ’ahdi qodim wat talmud. Al ’ahdi qodim huwa kitab muqaddas al yahud wannasoro.....


Shit! Di datang lagi. Benci betol!!


“Hai huda.“ Dia menyapa sambil menghadiahkan senyuman yang aku fikir konon paling manis, berjubah dan bertudung labuh. Semuanya warna gelap. Aku tak membalas senyumannya apatah lagi mengalu-alukan kedatangannya sekarang ini.


“Buat apa datang sini?“ Aku terus bertanya dengan nada tegas dan seperti acuh tak acuh. Yang benarnya aku agak stress dan menyampah pada dia.

Dia perasankan itu dari melihat riak mukaku. Lalu dia terus ke point tujuannya.


“ Aku nak bagitau, aku bakal jadi milik dia. Dan dia bakal kepunyaan aku. Next time kau jangan menyebuk lagi.“


Mendengarkan kata-kata itu dan memahami makna kata-kata itu, aku terkesima. Apa patut aku buat? Ya, aku sedih. Menangis? Ya, ingin menangis juga. Betulkah akan jadi begitu? Persoalan.


“Aku dah grade. Kau apa ada? Aku sekurang-kurangnya dah hafal satu quran. Kau apa ada? Aku kira aku lagi cantik kalau nak dibandingkan dengan kau. Kau tak lah secantik mana. Senang kata, aku lebih sepadan dengan dia berbanding engkau.“


Lagi sekali. Bagai ada runtuhan yang Maha Besar menimpa atas kepalaku. Ya Allah, apakah ujian yang Kau timpakan kepadaku ini? Lantas menerawang fikiranku melihat mereka berdua senyum berpimpinan tangan meninggalkan aku keseorangan di sini. Sungguh, nangis aku bersungguh.


Mereka berdua pergi dan hilang, menghilang, menghilang dan akhirnya lenyap. Aku kebasahan airmata di sini. Baju serta tudungku basah sungguh dengan melimpahnya air mata yang tak kusedari keluar bercucuran sejak tadi. Sedikit basah tempiasnya pada kitab muqararku.


Lama kemudian barulah aku kembali tenang. Melihat kembali buku yang ada di hadapanku.



Tidak! Perjuangan ini mesti diteruskan. Nurulhuda, kau mesti tabahkan hati.



..... at Taurat yanqosimu ila khomsah asfar. Asfar takwin, khuruj, al Lawiin, al ‘adad, at Tasniah. Kemudian, asfar anbiya nau’an. Asfar anbiya’ al mutaqoddimin, al mutaakhiriin…..


Hakikatnya, hidup ini tetap aku lalui seperti biasa, berpegang teguh pada pandangan pointer, bersulamkan doa-doa, mengaji dan bergelumang dengan buku-buku peneman hati dan jiwa. Itulah pembakar semangatku selama ini.


Tapi,
Jika betul-betul terjadi? Apa patut aku buat?



Motif. Tanda soal . (?)



10.21am, 24 Julai 2008

0 terjera: