Thursday, June 19, 2008

Hipokrit.

Perkara ini telah saya perhatikan dalam kebanyakan blog yang saya layari. Berani saya katakan saya tidak dan menyeru sekalian para blogger jangan meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada isi blog yang ditayangkan. Pembuat blog dengan apa yang dicatatkan adalah berbeza. Lalu menghasilkan buah fikiran –HIPOKRIT!!

Itulah yang dapat saya katakan setelah beberapa pemerhatian terhadap blog seorang hamba ni. Tidak perlu saya detailkan siapa dia, cukuplah mengambil pengajaran dan ikhtibar dari apa yang bakal saya tulis.

Pandangan saya blog dia ni pada awalnya memang sama seperti kawan2 dai’e lain, cuba menyedarkan manusia kpd yang lebih baik, tapi lama kelamaan pengisian blognya lebih tertumpu kepada kaum hawa. Kemestian seorang perempuan dalam mentaati Allah, Rasul dan keduanya suami. Permasalahan timbul apabila penekanan terhadap mentaati suami. Persoalan; adakah dia boleh jadi yang terbaik sebagai seorang suami? Jangan asyik nak suruh orang lain bersikap baik, taat dan bertanggungjawab, tetapi diri sendiri tidak diukur sejauh mana kemampuan dan kesanggupan dlm melaksanakan tanggungjawab itu. Jangan hanya asyik nak tahu kemampuan orang lain untuk membahagiakan pasangan, tetapi tanya dulu diri sendiri; adakah aku betul2 boleh membahagiakan pasangan. Itu dia. Bukan hanya nak melihat pada orang lain, tetapi cermin dulu diri sblm menilai orang lain dan menganggap diri terlalu baik.

Maaf, saya mungkin terlalu emo, tetapi itulah yang berlaku kepada saya sejak dua menjak ni. Sehingga sampai satu saat tu, saya rasa nak cakap je “woi, dalam Islam tak ade ajar mcm tu. U shud malu dgn diri kau, dah la belajar kat sane (bumi anbiya), tak patut kau berkata2 mcm ni. Kotor! Better skarg kau pegi ambik semayang banyak2, kasi kurang sket dosa2 kecil tu, klau tak boleh juga, pegi baca quran banyak2. Kalau tak boleh jugak? Pegi lari keliling padang 18 kali atau pegi main kayak kat tasik kolej aku tu, round 100 kali. Klau dah rasa penat, bagus terjun terus dlm tasik tu. Hidup betul2 menyusahkan orang.” Hamba Allah tu adalah tidak seperti yang saya aspect. Kepada kalian2 yang agak2 dah kenal dengan individu ni, selepas ni boleh la membuat catatan ringkas bagaimana sahsiah individu ni. Pasti kalian juga menyokong saya.

0 terjera: