Monday, October 29, 2007

geli hati, penat dan semester re-opens...

sabtu lps mak ayah buat open house.. kali ke-4! Huhh.. x penah di buat org.. buat open house smpai 4 kali! Kaya giler family aku ni! Hahah.. alkisah makanya jumaat ptg tu aku pun pergilah berbelanja ngan ayah kat super market depan nuh. Belilah brg bagai nak rak tak cukup bonet kereta. Mase tengah jln2 cari brg dlm super market tu.. aku ternampak la satu couple ni.. haha..geli hati ah. Aku rase pasangan ni baru kahwin.. lelaki ngan perempuan nampak masih muda belia. Yg kelakarnye.. diorg nampak kelam-kabut membeli brg2. Yg lelakinya sibuk menanda something kat satu kertas.. yg perempuan sibuk mencari brg. Mcm berkejar2 pn ade aku tgok. Diorg ingat ni game cari brg paling pantas ape? Adoii.. nak tergelak aku. Ayah maybe x prasan situasi ni.. tp aku rase dah tergelak besar dlm hati.. Hahahaha... (ceh, tak baik ckp org.. nnti akan dtg terkena batang hidung sendiri baru tau) Dan sepanjang hari sabtu tu lah aku x duduk. Senang kata; tak kering kuku! Sbb ape? Ye lah tetamu yg dijemput aku rase lebih 30 keluarga. Itu baru rakan sekerja mak ayah. Nasib baik lain2 dh lps, klau x.. mau pengsan aku layan tetamu ramai. Penat mmg tak boleh cakap arr.. Aku sakit kaki sbb lame berdiri dan berjln ke hulu ke hilir. Sejak dr malam sabtu tu aku dh berdiri kat dapur. Menunya ialah : rendang tok (org Perak punya), roti canai, roti sardin, murtabak, nasi impit, masak lodeh, dan sambal tumis. Minumannya : air longan. Pencuci mulut : biasala tembikai. Majlis open house start lps zohor (dlm pkul 2) dan tamat pd pkul 10 mlm. Huhh! Letih maa... Sakit badan2 aku sepanjang hari tu, tp berbaloi sbb seronok gak, mknn habis dan ramai yg puji menu ayah dan mak. Syabas utk mak dan ayah. =) Ngaa.. ngaaa... esok adalah tarikh aku kene balik semula ke kampus. Semester baru ak bukak dah. Ikutkan hati mls nak balik. Malas..malas. Nak dduk rumah dn main internet je! Tak suke balik rumah sewa. Boring, tak suke situasi yg menyampahkan. Berjumpa semula dgn org2 yg bermuka taik! Aku tak taulah ape dh jadi ngan bilik aku tu. Entah2 habis diselongkarnya. Hish, tolong arr nauzubillah. Dan lg satu yg aku risaukan is pointer result yg bakal ambik nnti. Rasenye..... ish..entah la. Takut nak ckp. Aku pn ade bernazar. Kalau pointer aku naik, aku nak puasa 2 mggu berturut2 dan kalau pointer aku turun, aku akan potong rambut aku. Kasihan.. aku sygkan rambut aku ni.. dh panjang dh dia. Huhu. Tp nak buat cam ner.. silap aku jugak. Lusa is for semester re-opens. Jeng..jeng..jeng...

0 terjera: