Wednesday, March 26, 2008
semak-samun
Heargghhh...!!!!! Hellooooo..... Wut the hell is going on? Wut happen on me? Wut happen on them? Aku ingat cuti sem ni boleh la nak rehat2kan otak, tenang2kan fikiran, sedapkan mata memandang.. tapi ni yg aku dapat. Semak la wei. Korang ni... apsal berfikiran mcm ni.. Cube bertamadun sket. Aku sindri first2 rase pelik, then hairan, then rase mcm x patut. Korang rasa tak mcm aku rase skarang? Hampeh beb mcm ni.
Sunday, March 2, 2008
pindah, angkat barang.........
Husshhh…huh huh… penatnye hari ni angkat barang. Nak pindah. Hahahh… kononnya sem depan semua wajib duduk asrama balik. Beda’ah! Aku klau upah pun tak hingin masuk balik asrama. Baik aku still duduk luar. Banyak banyak bebannya duduk asrama ni. Nak aku bgtau satu2 sebabnya?1. semua aktiviti anjuran qaryah atau kolej wajib hadir
2. klau ade gotong royong ke.. pun wajib hadir
3. budak2 bilik yang confirm BISING tahap babon monyet yg tak de mak bapak
4. tak suka menghadapi muke budak2 yg ntah hape2. Meluat! Menyampah.
5. Time mood aku dah dtg utk study/mmbaca tu la mcm2 aktiviti dtg
6. aku tak bebas buat ape yg aku nak buat. Senang kata terbatas/terhalang. Ex;
- nak tido sesuka hati, means tak de masa tetap utk buat sesuatu aktiviti.
- Nak makan sesuka hati aku.. tak de org boleh nak minta… atau terpaksa meng-ofer budak2 lain seperti; err.. makan makan ye. Kang klau ade org mintak, takkan tak nak bg kot. Nampak sangat kedekut. Padahal itu je lah makanan yg kite ade.
- nak sembahyang lambat ke.. cepat ke.. zikir lebih sikit ke…semuanya org tengok
- one thing part paling best.. nak korek idung sesuke hati bile dan di mana pun x kesah. Dan….. nak buang taik idung kat mane pun ko peduli hape. Suke ati akulah nak calit kat mane pun, campak kt mane pun, kesat kat mane pun… hahahahhh… aku mmg kejam dan buruk perangai. Huargghhh……………
7. kene sentiasa berperangai baik, sopan dan alim2 kucing. Tak boleh nak tunjuk ekspresi muka marah ke, penat ke,… kene sentiasa bermuka neutral. Means mcm tak de ape2 berat yg berlaku. Even tatkala tu ko tgah baran kt sesiapa ke @ perut tgah lapar ke @ malas tahap gaban ke @ mmg time tu ko nak tido je. Tak nak buat ape2. ni lah sengal tahap yg aku paling tak suke!
8. everything pun mesti buat bersama. Dgn budak2 bilik. Chehh! Mcmlah korg semua tak boleh nak berdikari sendiri. Cube buat sesuatu tu atas hasil usaha sendiri. Tak payah nak merengek2 mintak kakak senior tolong ajar @ tolong buatkan. Aku klau jumpe budak2 yg mcm ni… mau aku tendang je. Bile lg nk blaja hidup sorg2? Klau tak de kwn2, ko tak boleh nk hidup? Nanti ko pekse pn sorg2 kan? Ko dh keje nnti, sorg2 gak kan? Ade ko kongsi jwtn tu dgn org lain? Ko mati pun sorg2 gak, dlm semayg ade ko doakan kwn2 yg tolong ko tu td? Aku berani cakap la, tak de org yg baik sgt nak buat mcm tu. Lps habis je semua tu… hilang semua. Lebih baik ko dok pikir pakwe ko/ balak dan yg ntah hape2 lg tu. Hishh!
Aku pindah/angkat brg ni pun sbb ade masalah dgn budak2 rumah sewa. Tu pun satu hal lagi. Sengal. Itulah contoh terbaik golongan yg tidak boleh ditegur kea rah yg lebih baik. aku suruh semayang.. tak nak, aku suruh ngaji at least pun.. tak nak, aku sruh pakai la tudung klau keluar rumah.. pun tak nak, aku sruh tutuplah aurat sket, pkai baju kurung ke, kan elok sket… pun tak nak terime. Then cakap plak aku ni berlagak tunjuk alim. Ni bukan alim la ngok! Ni baru tahap biase2. aku baru tegur sket je.. dh kate aku pandai2 nak mengajar. ni lah contoh golongan org2 jahil.
Hrmmm……… so aku angkat barang ni pun sbb malas dh nk tengok muke budak2 tu. Alasannye ckp sem depan wajib masuk asrama… pdhal.. dlm mase yg same… tersirat.
Tengoklah nanti, aku try cari mane2 rumah sewa yg kosong. Tak mampu sehh nk bayar yuran asrama yg baru tu. Mahal giler!! Ko (merujuk pd pihak kolej) ingat kitorg ni (student2 miskin/tak mampu) kaya ke? Mak bapak cop duit? Sengal betul.
Nantilah nantilah aku try contact zira ke, yasa’ ke… sesape ke, tolong carikan klau ade rumah sewa kosong. Husshhhh………… penat aku pikirkan bende ni.
Friday, February 22, 2008
again; blog skin ke 2
moshimoss... ini adalah ilham kedua setelah blogskin dari 'amidala anastasiana'. Maaf, saya memang suke tukar2 benda2 mcm ni. Agak2 dah bosan.. try to searching another one yg nmpak lebih interesting dan ikut mood (keadaan semasa). Hak hak hak.. tapi bukan bab2 pakwe atau teman lelaki atau ape2 pun yg bersangkut paut dgn matlamat hidup. Anyway, harap blog template dari yg ni dapatlah bertahan lama. Dan pengisian posting yg lebih bermakna. --'--;--@@@ Okeh, semoga usaha lagi. Ganbatte!!
Wednesday, January 9, 2008
Selesema
5 Januari 2008. Pagi yang hening. Baiklah, rasanya saya akan kene selesema hari ni. Skarang saje sudah beberapa kali saya bersin. Siang tadi semasa cuaca panas terik, saya boleh bersin dalam 3 kali. Tanpa sebab. Merepek. Saya fikir dalam hati ;( ah sudah, ini mesti nak kene selesema ni). Nyata betul. Sebenarnya dalam 2 hari ini, memang saya telah dibasahi hujan kerana balik lambat dalam pkul 5 lebih. Haha.. sebenarnya saya tiada kelas sehingga ke petang. Kelas saya pada sebelah pagi shj, tetapi saya buat kerja lain di kolej. Jadi, nak tak nak klau nak balik juga kene meredah hujan lebat.
Aduhh, nasib badan.
___________________________________________________________
Alhamdulillah, saya dah beransur baik pada hari selasa, 8 Januari. Syukur sangat. Banyak benda boleh buat. Kalau tidak saya akan rasa sakit sangat. Sakit seluruh badan.
Sunday, December 30, 2007
Inject!!
Aduihh… mak sakittt… Hari ni 29 Dis 2007 , aku kene gigit penyengat. Dan, kene inject. Pegi klinik jumpa doctor dan pastu kene inject. Inject kat tangan-bahu. Aduih.. fobia aku. Fobia.
Masa dalam klinik td, word pertama yg ada dlm kepala hotak aku is; nasib baik aku tak jadi doctor. Ngeri! Ngeri benda2 mcm ni.
Aku paling takut nak kene potong ke.. kene cuci luka ke.. kene inject ke… Even tgok org kene belah, bedah, darah pun aku takut. Kecuttt! Punggung aku automatic ngilu!
Sakit is benda pertama aku fikirkan. Aku paling tak suka demam, sakit kepala atau kene gatal2, tapi aku suka plak makan ubat. Means that aku tak takut makan ubat. Berilah ubat ape pun, aku boleh makan telan. Tapi klau bab2 keluarkan pisau, injection atau sebagainya… minta maaf aku takut giler.
Nasib baiklah aku tak jadi doctor atau ade kaitan dgn doktor2 ni. Gilok meroyan aku.
Tapi mcm mn plak nanti aku nak bersalin? Haiyakk.. ini satu lagi soalan yg aku tak dpt nak bayangkan. Mesti kene potong tu, potong ni, inject sane, inject sini, masuk jarum sane, masuk jarum sini, darah byk melambak… adoiii mak tolonggg… tak sanggup!
Nanti mesti aku jadi sgt tidak bermaya. Sangat lemah dan sebagainya.
Hurmmm… =(
Friday, December 28, 2007
Kosong
Rumah ini bukan aku yang punya.
Semua pakaian ini, bukan milikku.
Segala kemudahan yg aku gunakan sekarang juga bukan aku punya
Even rantai dan gelang yang aku pakai sekarang pun bukan aku yg punya.
Aku makan
Aku minum, tidur
Tengok TV, guna laptop
Aku rasai kipas dan lampu
Air di bilik air
Juga… semuanya bukan aku punya
Aku tak layak
Semuanya.
Aku makan makanan
Mak yang punya
Duit ayah yang beli
Aku tak punya apa.
Aku tak punya harta lagi.
Aku hanya menumpang dalam kehidupan orang yang sudah berjaya
Itu kira bagus aku dibenarkan hidup dengan diorang
Mengambil aku sebagai anak diorang
Dan merasai semua ini.
Yang benarnya...
Aku tak punya apa
Kosong
Semua pakaian ini, bukan milikku.
Segala kemudahan yg aku gunakan sekarang juga bukan aku punya
Even rantai dan gelang yang aku pakai sekarang pun bukan aku yg punya.
Aku makan
Aku minum, tidur
Tengok TV, guna laptop
Aku rasai kipas dan lampu
Air di bilik air
Juga… semuanya bukan aku punya
Aku tak layak
Semuanya.
Aku makan makanan
Mak yang punya
Duit ayah yang beli
Aku tak punya apa.
Aku tak punya harta lagi.
Aku hanya menumpang dalam kehidupan orang yang sudah berjaya
Itu kira bagus aku dibenarkan hidup dengan diorang
Mengambil aku sebagai anak diorang
Dan merasai semua ini.
Yang benarnya...
Aku tak punya apa
Kosong
Saturday, December 22, 2007
dia tiada
Subscribe to:
Posts (Atom)